Saturday 14 September 2013

Kebahagian yang tersirat .


1 .   'Titt...titt' telefon samsung champ syuhada berbunyi menandakan ada mesej baru . Sepantas kiliat syuhada mencari telefonnya ,
-Awak janji dengan saya yang awak takkan curang dan cari lelaki lain ya sayang ? 
From : Fiqri
Syuhada tersenyum membalas mesej dari kekasihnya Fiqri . " sengeh sengeh macam kerang busuk ! " tegur sepupunya Nadhrah . "Mesej dengan Fiqri letew !" Ujar Nadhrah sudah lali dengan penyakit angau sepupunya itu . Syuhada tidak ,enjawqh tetapi hanya tersenyum bahagia . 
Ya , sepanjang 3 bulan bergerlar kekasih keoada Fiqri sering membuat syuhada bahagia hingga ke langit. Satu saja doanya , moga tuhan panjang kan jodoh mereka hingga keakhirnya . Walaupun syuhada sendiri belum tahu dimana pengakhirnya perhubungan mereka ini . 

2.  "Sayang , nak minum air apa ? " soalnya kepada pujaan hatinya , syuhada . "Teh o air limau " ucap syuhada senada . "Bagi teh o air limau satu dik " beritahu Fiqri kepada pelayan itu . Lalu pelayan itu berlali pergi . " awak tak order air ke ?" Soal syuhada terkejut . "Awak tahu tak , saya dah tak perlukan apa-apa bila dah miliki awak disisi saya "ujar Fiqri mengemgam lembut tangan syuhada . Syuhada hanya tersenyum . Dia sendiri tidak tahu reaksi apa yang harus dia pamirkan . Tetapi , hanya tuhan yang tahu , bertapa bahagianya dia tika ini .


3.  "Pang !!" . sewaktu berjalan bersama Fiqri di Aeon , tiba-tiba tangan Syuhada ditarik dari belakang dan ditampar . " Sebab perempuan yang tak seberapa ni awak tinggalkan saya , Fiq ?!" Teriak wanita yang menampar Syuhada tadi . " Lina ! Behave yourself !" marah Fiqri . Matanya terarah kepada Syuhada .

Syuhada diam tidak berkutik . Dia terkejut , otaknya tidak dapat mencerna apa yang baru berlaku sebentar tadi . Fiqri yang memahami perasaan kekasihnya itu , mengemgam erat tangan Syuhada . Bagaikan baru tersedar dari lamunan , Syuhada memandang wajah Fiqri . Lina yang melihat perlakuan Fiqri itu bertambah bengang ! "Hey , perempuan ! Ko ni memang tak tahu malu kan ?! Perampas ! " marah Lina dan sekali lagi dia mengangkat tangan ingin menampar Syuhada . Namun sepantas kilat Fiqri menepis dan menolak Lina kebelakang .

Lina kaget . Sepanjang 2 tahun dia menjadi kekasih Fiqri tidak pernah sekalipun lelaki itu berkelakuan sekasar itu kepadanya . Lina menangis . " Sanggup awak buat saya macam ni semata-mata demi perempuan sundal ni ! Sanggup awak batalkan pertunangan kita demi dia ! Sanggup awak buang hubuangan dan cinta awak selama 2 tahun sebab dia juga ?! Awak jahat fiqri ..." Teriak Lina memeluk erat tubuh Fiqri . 

Syuhada masih seperti tadi . Diam . Hatinya sakit . Bukan kerana ditampar tadi . Bukan kerana kata-kata Lina . Bukan kerana sekarang Lina sedang memeluk Fiqri . Dia sendiri tidak tahu apa puncanya dia sakit bergini . " Saya nak balik . " Dengan 3 patah perkataan itu , Syuhada menarik tangannya dari gemgaman Fiqri dan berlari pulang . 

Fiqri terkejut . Mengejar tidak , menghalang pun tidak . Dia faham apa yang dirasa kekasih hatinya rasa tika ini . Fiqri ingin memberi masa untuk syuhada bersendirian . 

4.  Sedari tadi Syuhada tidak berhenti dari menangis . Nadhrah semakin risau dengan keadaan adik sedaranya itu . " Syuhada ? " seru Nadhrah lembut . ' Confirm pasal Fiqri lagi ni !' gumam Nadhrah kesal . " Kenapa tuhan duga Adda macam ni kak ? " suara Syuhada merintih . 

" Kenapa ,Dik ? " Soal Nadhrah prihatin . " Fiq..Fiq.. Fiqri... Kak " Syuhada tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana rasa sedih yang terlampau menyeksa dirinya . " Adda , istighfar Dik . Jangan sebab sorang jantan adik buang air mata tu . Sabar Dik ... " Nasihat Nadhrah . 

"Assalamualaikum .. " Tiba-tiba pintu rumah sewa mereka diketuk . Nadhrah segera bangun ingin membuka pintu. Syuhada tiba-tiba memaut lengan Nadhrah dan menggelengkan kepalanya . Nadhrah yang memahami isyarat yang cuba disampaikan oleh Syuhada , mengangguk kepalanya . Menyuruh Syuhada untuk menghadapi semua halangan . 

5. Syuhadah hanya menunduk , sementara Fiqri ralit memandang wajah pujaan hatinya yang sedang merajuk . 'comel' . " Awak masih marah saya ? " soal Fiqri lembut sambil mengemgam mesra tangan Syuhada . Syuhada tetap diam membisu . " Sayang ? " Seru Fiqri lantas menolak dagu Syuhada agar menatap matanya . Syuhada masih diam . Mata mereka bersatu . Namun tidak lama . Syuhada kembali menunduk . 

Fiqri tersenyum bahagia . " Saya tau awak mesti tengah marahkan ? Mestti awak dah tak percayakan saya . Awak jangan salah faham . Saya dengan dia memang dah tak ada apa-apa hubungan . Saya malas nak ulas lanjut pasal Lina tu . Sebab dia adalah masa lalu saya dan awak adalah masa depan saya . " Ujar Fiqri .

Alangkah terkejutnya Syuhada apabila Fiqri tiba-tiba melutut dihadapannya dan menghulurkan sebentuk cintin . " Nur Syuhadah binti Md Rashid . Sudikah awak menjadi sahabat , kekasih , isteri dan masa depan saya ? " Syuhada terkaku . Pantas  air mata syuhada diseka Fiqri ." SYuhadah berpali kebelakang , cuba mencari kelibat Nadhrah . Ternyata Nadhrah ada dihadapan pintu rumah mereka dan tersenyum penuh makna kepada Syuhada . Sebenarnya , Nadhrah sudah tahu plan Fiqri itu . Lama Syuhada berjeda . Ya , mungkin sudah masanya untuk dia membuat keputusan dan membuka hatinya untuk lelaki itu . Gumam Syuhada .

Fiqri yang sedari tadi setia menanti jawapan dari Syuhada , bagai ingin menjerit apabila melihat anggukan Syuhada . " ALhamdulillah , Akhirnya bahagia milik merekan . " Bisik Nadhrah dari muka Pintu . 

p/s : ini first cerpen yang berkisahkan kisah benar . Dan cerpen yang paling pendek pernah saya buat . Hope dapat memuaskan hati anda . :3 

Friday 22 March 2013

Mencari bahagia .

Kanak-kanak yang berlari-lari dipadang dipandang sepi oleh Mia . 'Aku rindu dia' bisik hati kecil Mia . Tiba-tiba ada satu tangan yang mengusap lembut kepala Mia . " Jom balik Mia , dah nak dekat maghrib ni " ajak Puan Anisah lembut . Dia tahu sangat apa yang sedang bermain difikiran anak gadisnya ketika ini . ' maafkan mama sayang ' dalam diam Puan Anisah menyimpan sebuah rahsia yang amat berat .

" Mama , kalau anak Mia hidup lagi mesti sekarang dia dah berumur 5 tahun . Kan mama ? " Mia berkata-kata . Muka Puan Anisah langsung berubah . Puan Anisah menahan air mata yang mungkin tumpah . Tapi soalan anaknya itu dibiarkan tanpa jawapan . Tanpa sedar Puan Anisah kembali mengimbau saat-saat mengetahui bahawa anaknya , Qaseh Damia mengandung anak luar nikah !

***
" Ya Allah , Mia . Apa nak jadi dengan kamu ni ! Kurang sangat ke didikan agama yang mama dengan arwah babah bagi dekat Mia . Apa yang Mia nak , semua mama ikutkan . Tapi kenapa ini yang Mia bagi dekat mama ? " keluh Puan Anisah Kesal . Maruahnya sebagai seorang ibu umpama dipijak bila mengetahui anaknya yang masih berumur 17 tahun sudah mengandung tanpa perkahwinan .

Mia hanya mendiamkan diri diatas sofa , hanya air mata yang menemaninya ketika ini . Mia kesal . Dia kesal kerana mengikuti kawannya , Nasha , untuk menghadiri majlis hari jadi sepupunya . Malam itu sudah mencontengkan warna yang paling hitam dalam sejarah hidupnnya . Entah macam mana dia boleh terlanjur dengan salah seorang kawan sepupu Nasha .

" Mama , Mia tak salah . Mia tak sedar apa yang berlaku . Mia . Mia . Mia mabuk . " terang Mia . Ayat terakhir yang keluar dari mulut anak gadisnya itu bagai merentap nyawanya . " Apa Mia kata ?!" Puan Anisah mula meninggi suara . Tidak pernah diajar anak gadisnya itu menyentuh minuman haram itu . " Maafkan Mia mama " Hanya itu yang mampu diucapkan Mia disaat itu . Menyesal sudah tidak berguna kerana perkara sudahpun berlaku .

" Mana kurang mama dalam mendidik Mia " Puan Anisah berkeluh sambil mengetuk-ngetuk dadanya . Air matanya mengalir sedari tadi dibiarkan ianya kering sendiri . Dimana salah dia dalam mendidik anak-anaknya .
***
Mia mengemas buku-buku yang berselerakan diatas meja itu . Kerjanya sebagai guru di Taska Puteh dijalankan dengan bersungguh-sungguh . Rindunya terhadap arwah anaknya menjadi kurang apabila melayan teletah kanak-kanak di Taska Puteh itu . Tiba-tiba telingan Mia tertangkap bunyi tangisan kanak-kanak didapur . Perlahan-lahan Mia menghampiri kanak-kanak perempuan itu .

" Kenapa ni sayang ? " Soal Mia lembut sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak perempuan itu . Seingat Mia , dia belum pernah lagi melihat kanak-kanak itu didalam Taska Puteh selama 2 tahun dia bekerja disitu . ' Budak baru kut . ' fikir Mia . " Nia nak papa .. " rengek kanak-kanak yang mengelar dirinya Nia itu . " Ohh , papa kerja sayang . Petang nanti papa amik Nia ye ? Sekarang Nia kena pergi tidur dulu . Lepas tu baru papa datang amik Nia . " Mia mula memainkan peranan .

Setiap petang kanak-kanak di Taska Puteh akan tidur dan bangun pada pukul 5 . kemudian barulah mereka masing-masing beransur pulang . " Nia takut . " Nia mengadu lagi . " Nia takyah takut kak Mia kan ada . Kak Mia temankan Nia tidur ok ? " Pujuk Mia . Akhirnya Nia mengangguk dan mereka berlalu masuk kedalam bilik Angerrik .

***
Mia , Ziana dan Kak Eja mengemas barang-barang yang berselerakkan diruang tamu Taska Puteh . Jam sudah menunjukkan pukul 6-30 petang . Kanak sudah selesai pulang . " Mia dengan Ziana dah jumpa budak baru ? Baru masuk hari ni ? " soal Kak Eja yang sedang mengambil tempat di atas sofa yang bewarna ungu lembut itu . Ziana dan Mia juga melakukan perkara yang sama .

Ziana dan Mia masing-masing mengangguk . " Siapa nama budak tu kak ? " soal Mia ingin tahu . Kanak-kanak itu seakan-akan menarik minatnya dengan sikap manja dan penakut . Persis seperti Mia kecil-kecil dahulu . " Sharifah Rania . Manja budak tu . Penat akak nak layan . Asyik nak nangis je . " rungut Kak Eja . Mia dan Ziana tergelak mendengar kata-kata Kak Eja .

" Biasalah kak . Budak baru masuk . Berapa umur dia ? " giliran Ziana pula bertanya . Seingat Ziana Sharifah Rania itu memang comel . Ada lesung pipit kiri-kanak lagi . " 5 . " jawab Kak Eja mudah . " oo... " Ziana dan Mia menjawab serentak . " eh , tapi korang perasan tak ? Muka Rania tu ada iras-iras Mia kan ? Mula-mula akak ingat adik atau sedara kamu ke Mia . Tapi tengok nama dia ada Sharifah . Kamu tak de Sharifah kan ? " soal kak Eja blur . Mia hanya menggeleng .

***
Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam . Puan Anisah dan Mia masih dihadapan kaca Televisyen menonton berita .

" Sampai bila Mia nak kerja dekat Taska tu ? " Soal Puan Anisah  ,
" kenapa Mama ? "
" Mia tuh amik corse apa dekat U dulu ? Asuhan ke ? Mia amik engineering kan ? Kenapa tiba-tiba kerja Mia sekarang lari jauh dari course Mia ? Mia tuh baru 21 tahun , kenapa tak nak sambung belajar lagi . Lepas peristiwa tuh , Mia terus berhenti belajar . Mia tak teringin ke nak sambung balik . Mama ni bukan apa Mia . Umur mama ni bukan muda lagi . Mama nak juga tengok anak-anak mama berjaya . Tengok abang Dane kamu tuh . Dah jadi doktor dah pun dekat New York tuh . Lagi 3 bulan di pindah sini . tak kan kamu tak teringin nak kerja , bergaji besar macam tu Mia ? Jangan jadikan masa lalu Mia tu sebagai penghalang untuk Mia berjaya " tu dia , dah start dah ceramah Puan Anisah .
" Mama esok kita picnik nak ? "
" Tengok tuh ! Kita dok nasihat dia , dia sibuk nak berpicnik . Mama tanam kamu dalam pasir kat pantai picnik tu baru kami tahu " Marah Puan Anisah . Mia hanya tersenggih-senggih .
" Oh , lupa nak bagitahu mama . Hari nikan ada budak baru masuk taska . Comel maa . Nama dia Sharifah Rania . " Beritahu Mia .
" Oh , jadi ? " soal Puan Anisah blurr .
" Manja budak tu ma . "
" So ? " aceh , speaking pula mama aku ni!
" So . SOley-soley ~.... " Ujar Mia mengundang tawa Puan Anisah .

***
Nia memandang perempuan disebelahnya . " Kak Mia ... " serunya lembut . " Ya sayang ? " Mia memandang kanak-kanak perempuan disebelahnya . Kasih sayangnya tumpah buat kanak-kanak itu . Walaupun baru 2 bulan lebih menjaga Nia , namun kasih sayangg antara mereka mudah terjalin . Entah mengapa dia berasa bahagia bersama kanak-kanak itu . " Boleh tak Nia nak panggil Kak Nia mama ? "

Mia tersenyum indah . " Boleh sayang . Tapi kena janji tak boleh nangis-nangis lagi " ujar Mia . Nia melompat gembira . Dipeluk tubuh kanak-kanak itu . " Mama Nia nama apa ? " soal Mia . Selama 2 bulan dia mejaga kanak-kanak itu , tidak pernah sekalipun Nia menyebut soal mama kandungnya . Nak tanya kak Eja selalu lupa . " Kak Mia . " jawab Nia bersungguh-sungguh . Mia tergelak kecil mendengar jawapan kanak-kanak yang berumur 5 tahun itu .


" Maksud mama Mia , nama mama kandung nia . " soal Mia sekali lagi . " Nia takde mama " jawab Nia jujur . " Mama Nia meninggal ye ? " soal Mia sayu . Kesian pada nasib kanak-kanak itu . " Tak " jawapan dari Nia mengejutkan Mia . " Jadi mama Nia pergi mana ? " soal Mia lagi . " Tak tahu . Dari kecil Nia tak pernah jumpa mama Nia . Nia cuma ada papa , Nenek , tokabah dengan Aunty Auni . Tapi Nia tak suka Aunty Auni . Nia suka mama Mia " jawab Nia petah .

" Assalamualaikum . " Tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam dari arah belakang . Mia beralih untuk melihat siapakah gerangan orang yang memberi salam itu . " Papa ! " panggil Nia sekali gus membuatkan muka Mia pucat . Kenangan hitam yang berlaku 5tahun lalu kembali bermain dimindanya .

***
Kereta yang dipandu Mia berhenti dihadapan sebuah rumah banglo bewarna Hijau . " Inilah rumah dia " gumam Mia . Berdasarkan alamat yang diberikan oleh Nasha . Inilah rumah sepupu kawannya yang telah meragut 'mahkotaku' . Dia harus bertanggungjawab !

" Assalamualaikum " Mia memberi salam . Tidak lama kemudian kelihatan seorang perempuan tua keluar dari rumah banglo itu . " Waalaikumussalam . Cari siapa ya ? " soal Datin Sharifah . " AA.... " alamak lupa nak tanya nama lah pulak ! Mia mengutuk dirinya sendiri . " Nak jumpa Zaf ye ? " soal Datin Sharifah lembut . " Aa..Ye . ye . " jawab Mia gagap . Bantai lah ! " Mari masuk dulu . " jemput Datin Sharifah .

" Anak ni siapa nama ? " soal Datin Sharifah .
" Mia . Qaseh Damia . "
" Oh , dah lama berkawan dengan Zaf ? " soal Datin Sharifah . Belum sempat Mia menjawab soalan Datin Sharifah , seseorang datang memotong . Siapa lagi kalau bukan Si Zaf tu !

" Ko buat apa kat sini ! " tengking Zaf . Mungkin marah nya masih belum reda apabila Nasha nekad membawa aku ke U Zaf dan memaksa Zaf untuk bertanggungjawab .
" Zaf , apa cakap dengan kawan macam tu . Maaf ya Qaseh . Zaf ni memang macam ni . Bad temper tak tentu pasal . " Terang Datin Sharifah yang masih keliru dengan keadaan sekarang ini . Mia hanya tersenyum pahit .
" Mama ! Mama tak payah nak baik-baik dengan perempuan ni mama . Perempuan nilah yang datang U Zaf dan malukan Zaf depan kawan-kawan Zaf tu . Hey , perempuan ! KO nak apa lagi hah ?! " tengking Zaf . Sudah hilang sabar melayan kerenah perempuan comel dihadapannya itu . Air mata Mia mengalir tanpa diminta . Cukuplah dia dimalukan dulu di U Zaf . Datin Sharifah yang melihat air mata Mia lantas mendakap tubuh genit Mia ,
" Awak . Saya tak nak apa . Saya cuma nak awak bertanggungjawab . Saya mengandung anak awak . " terang Mia dalam sendunya . Datin Sharifah yang mendengar kata-kata Mia itu seperti dipanah petir .
" Zaf ? Betul ke apa yang Qaseh cakap tu ? " Zaf diam tidak menjawab membuatkan Datin Sharifah mengalirkan air mata .
" Zaf ! Jawab pertanyaan mama ni ! " tengking Datin Sharifah sekali gus mengejutkan Mia .
" Hei , perempuan ! ko keluar sekarang ! Entah anak siapa yang ko kandung tuh , Pastu sesenang je nak suruh aku jadi pak sanggup . Keluar ko perempuan jalang !

***
Briefcasenya diletakkan diatas meja coklat diruang tamu . Tangan mamanya dicari . Nia , awal-awal lagi sudah masuk bilik . Merajuk tak habis ! Datin Sharifah memandang muka anaknya pelik . " Zaf ok ? "  soal Datin Sharifah . " Ok je , kenapa ? " bohong Zaf . " Hmm . Ni . Nia mana ? Dari tadi tak nampak ? " soal Datin Sharifah memanjangkan lehernya mencari kelibat cucu kesayangannya itu .

" Ada dekat atas . Tengah merajuk . " jawab Zaf jujur . " hah , merajuk pasal apa pula ? " soal Datin Sharifah hairan . " Takde apa . " jawab Zaf mudah . Malas mahu memanjangkan cerita yang tidak penting . Otaknya sendiri serabut memikirkan masalah itu . Macam mana Nia boleh bertemu dengan dia ? Bukan ke dia duduk pahang ? Macam mana boleh sesat dekat perak ?

Itu bukanlah persoalannya , tapi kenapa dalam banyak-banyak cikgu di Taska Puteh itu cuma dia yang boleh menarik minat Nia ? Macam mana mereka boleh mudah mesra sampai nama dia acapkali disebut oleh Nia ? Mungkin inilah yang orang katakan ikatan ibu-anak . Tahukah dia akan kewujudan anaknya itu ? " Syed Zafriel ! " suara Datin Sharifah yang bagai petir itu mengejutkan Zaf dari lamunannya .

" Apa mama ni jerit-jerit ? Ingat Zaf pekak ke ? " rungut Zaf sambil menggosok-gosok telinganya . " Zaf tu , mama tanya buat bodoh je ? Tak dengar ke mama cakap ni ? " bebel Dati Sharifah tidak puas hati . Belum sempat Zaf bersuara Nia sudah menerpa neneknya . " Nenek ! " jerit Nia lantas memeluk leher Datin Sharifah . Datin Sharifah hanya terkekek ketawa . " Nia , sakit nenek tu " tegur Zaf lembut . Nia mencebik .

Datin Sharifah hanya tersenyum menggeleng . Merajuk lagi lah ni ! " Nia , kenapa buat muka macam tu dekat papa ? Tak baik tahu , nanti tuhan marah " nasihat Datin Sharifah lembut . " Tapi tadi papa marah Nia sebab Nia ajak mama Mia datang rumah . Papa cakap mama Mia tak boleh datang rumah kita . Kesian Mama Mia , mesti mama Mia sedih . Papa jahat ! Nia tak sayang papa ! " bentak kanak-kanak kecil itu .

Datin Sharifah memandang Zaf meminta kepastian . Zaf menjongketka bahunya tanda tidak tahu . Dia masih belum sedia untuk meceritakan hal yang sebenarnya kepada mamanya . Jika mamanya tahu akan kewujudan Mia , pasti mama akan memaksa Zaf untuk membawa Mia tinggal bersama . Dan , yang paling Zaf takutkan . Dia akan kehilangan Sharifah Rania .

Dia mengaku , pada awal kelahiran Nia . Zaf memang tidak boleh menerima kehadiran Nia . yalah , waktu itu Zaf baru berumur 19 tahun . Belum sedia untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang ayah . Dan akhirnya , baru Zaf sedar . Kehadiran Nia dalam hidupnya banyak membawa seri dan kebahagiaan .

***
Skrin televisyen yang memaparkan drama Adam&Hawa ditonton Mia penuh minat sehingga tidak sedar akan kehadiran Puan Anisah disebelahnya . " Damia ... " seru Puan Anisah . " Eh , mama .  Bila masa mama datang sini ? " soal Mia blurr . " Dah berabad dah . Mia ni , kalau dapat mengadap Tv tak ingat dunia dah eh " tegur Puan Anisah sudah masak benar dengan perangai anaknya yang satu itu .

" Mama , cuba mama teka siapa Mia jumpa petang tadi ? " soal Mia .
"Siapa ? "  soal Puan Anisah malas hendak meneka-neka .
" Zaf . "
" Zaf ? Zaf mana Mia ? "
" Syed Zafriel . Mama tahu . Selama ni bapak anak angkat Mia tu adalah Zaf . Mia tak sangka ada lagi orang yang nak kahwin dengan lelaki macam tu . " Kutuk Mia tanpa mengetahui hal sebenar . Manakala Puan Anisah sudah pucat agai ornag kehilangan darah .
" Oh .. A..a.. mama nak pergi tidur dulu . Mengantuk ni . Mia jangan tidur lambat ye ? Bye . Good night " ujar Puan Anisah lalu melarikan diri didalam biliknya .

Macam mana ni ? Kenapa dalam banyak-banyak taska kat perak ni mesti Taska Puteh juga dia hantar budak tu ?! Kepala otak Puan Anisah serabut memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku .

***
Hari ini Zaf mengambil keputusan untuk tidak kerja dan hanya duduk dirumah menjaga Nia . Selepas pertemuan kelmarin , Zaf rasa berat untuk menghantar Nia ke Taska Puteh . Dari jauh Datin Sharifah memerhatikan anaknya itu . Perbagai soalan bermain dibenak orang tua itu . Perlahan-lahan Datin Sharifah menghampiri anak lelakinya itu .

" Zafriel .. " Seru Datin Sharifah lembut . " Ye mama ? " soal Zaf tanpa mengetahui perkara yang bermain dalam fikiran mamanya . " Zaf ok ? " soal Datin Sharifah . Sejak kebelakangan ini perangai anaknya itu semakin berubah . Ada je tak kena , macam kucing hilang anak . Datin Sharifah sedar kelakuan anaknya berubah sejak berjumpa dengan mama mia si nia tu .

" Zaf ! " Datin Sharifah menjerit . Geram apabila anaknya tidak menjawab dan mengabaikannya . " Ish , apa mama ni jerit-jerit dekat telinga Zaf ? Ingat zaf pekak ke ? " rungut Zaf berpura-pura menggosok telingannya . " Zaf , kenapa zaf tak pergi kerja hari ni ? "
" Saja , kenapa ? Mama tak suka tengok muka Zaf kat rumah ni ke ?
" Ish , kesitu pula dia ! Mama cuma pelik je . Selalu kamu tu bukan main susah nak ponteng kerja . Tup-tup , hari ni ponteng pula . "
" Saja tukar angin maa ... "
" Hah , ni mama nak tanya lagi satu ni . Asal Zaf benci sangat bila Nia sebut nama mama angkat dia tuh ? "
" Mana ada Zaf benci . Cuma tak suka . "
" Ye lah , benci , taksuka sama je . Kita ni kalau nak benci mesti bersebab Zaf "
" Zaf tak suka Nia rapat dengan cikgu dia tuuh "
" Yelah , tapi kenpa ?"
" Sebab Zaf tak suka ! "
" Tapi kenapa Syed Zafriel ! " Datin Sharifah mula meninggi suara .
" Sebab dia tu mama nia ! " beritahu Zaf . Datin Sharifah kelihatan tergamam bergitu juga dengan seseorang yang terdengar perbualan mereka .
" Maksud Zaf , mama Mia tu ialah Qaseh ? Qaseh Damia ? Mama Rania ? " soal Datin Sharifah meminta kepastian .
" Hmm... "

Nia ternganga mendengar perbualan nenek dan papanya . Walaupun masih kecil dia sangat mengerti apa yang dibualkan oleh dua manusia itu . Tanpa sedar air matanya mengalir .

***
" Mia , ko cuba pergi pujuk budak dekat luar tu . Dia tak nak masuk " arah Ziana setelah penat memujuk kanak-kanak itu . tanpa membantah Mia menghampiri kanak-kanak itu .

" Nia ? " panggil Mia lembut . Sepantas kilat Nia memeluk tubuh langsing Mia . Mia melutut dan membalas pelukan Nia . " Kenapa ni sayang ? " soal Mia pelik dengan perubahan sikap Nia . " Nia nak mama " rengek Nia . " Dah.dah . jangan nangis . Kan mama ada ni " pujuk Mia tanpa mengetahui perkara sebenar .

" Mama jangan tinggalkan Nia lagi ye ? " rengek Nia lagi . Mia hanya mengganguk . " Nia ! " panggil seseorang . Mia mengangkat wajah melihat siapakah gerangan orang itu . " Zaf ?" panggil Mia pelik . " Jom balik Nia ! " Ajak Zaf cuba meraih Nia kearahnya . Namun cepat Nia menggeleng dan berlari kearah Mia .

" Nia tak nak ikut papa . Nia nak ikut mama " bantah kanak-kanak kecil itu . " Nia , tak baik kacau cikgu . Cikgu nak kerja . Nia ikut papa balik ye ? " pujuk Zaf tanpa mengetahui perkara yang diketahui Nia . " Tak Mama bukan cikgu Nia , mama . mama Nia . Papa tipu ! " jerit Nia . Zaf terkejut mendengar bicara anaknya . Begitu juga dengan Mia .

" Nia , tak baik cakap dengan papa macam tu . Pergi ikut papa balik . " pujuk Mia cuba meringankan beban Zaf . " tak , papa tipu ! Nia dengar papa cakap dengan nenek yang mama Mia ni mama kandung Nia . Nia tahu ! " beritahu Nia tanpa berselindung . Zaf terpempan manakala Mia bagai ingin pengsan . Apa semua ni ? Desis hati kecil Mia . Mia berdiri ingin berlalu pergi tetapi tangannya dipegang oleh Nia .

" Jangan pergi mama . Jangan tinggalkan Nia macam mama tinggalkan Nia dulu . " pujuk Nia .

***
Wajah Puan Anisah dipandang Mia penuh persoalan . Dia inginkan jawapan itu sekarang !

" Mama , betulkan anak Mia meninggal waktu dia mula-mula lahir sebab kurang oxygen ? Lahir tak cukup bulan ? " soal Mia ragu-ragu . Puan Anisah kelihat tersentak !
" Bb..betullah . " jawab Puan Anisah gagap . Kelihatan Mia mengeluh . Mia meraup mukanya beberapa kali .
" Mama , Mia merayu sangat dekat mama . Tolong bagi tahu hal sebenar pada Mia . Mia berhak tahu mama . Ini pasal anak Mia , cucu mama ! Mama tak rindu ke cucu mama ? "


“ Maafkan mama , Mia . Mama buat semua ni untuk kebaikan Mia . mama nak Mia teruskan kehidupan Mia macam kawan-kawan sebaya dengan Mia . Mama nak Mia kahwin dan dapat keluarga mertua yang baik . Mama tak nak Mia hidup dalam cacian dan kutukan orang lain sebab Mia lahirkan anak luar nikah . Mama sayang Mia “ terang Puan Anisah jujur .
“ Jadi mama bagi anak Mia dekat orang lain ? “ soal Mia tidak beriak . Dia sendiri tidak tahu bagaimana perasaannya tika ini . “ Tak sayang . Mama Cuma nak bagi Zaf rasa apa yang Mia rasa . 9 bulan Mia . 9 bulan . Mia tanggung malu dan sakit nak melahirkan anak Mia . Mana Zaf selama tu ? Dia hidup senang lenang . Goyang kaki je . Langsung tak jalankan tanggungjawab dia pada Mia . Mama nak hokum dia untuk Mia . “ Jelas Puan Anisah membela diri .
“ Hukum dia guna anak mia ? “ Mia menyoal lagi dengan nada yang mendatar . DIa bagai kehilangan separuh jiwanya apabila mengetahui semua itu . “ Maafkan mama sayang . “ hanya itu yang mampu Puan Anisah luahkan . “ Mama dah janji dengan Mia dulu yang kita akan jaga dan besarkan anak Mia sama-sama . Tapi kenapa mama buat Mia macam ni ? Mama tahu tak bertapa seksa dan kecewanya Mia waktu Mia tahu anak Mia meninggal . Apa yang mama fikir waktu mama bagi anak Mia dekat keluarga Zaf ? “
Puan Anisah diam tidak berkutip . Dia sendiri tidak tahu apa yang difikirnya ketika menyerahkan cucunya kepada keluarga Zaf . Setelah beberapa minit , kelihatan Mia berlalu masuk kedalam bilik . ‘ Kuatkan aku Ya allah . ‘ doa Mia dalam diam .
“ Datin , Rania ngak mau makan “ adu bibit indon yang bekerja dirumah bangle Datin Sharifah . “ Kenapa pula ? “ soal Datin SHarifah pelik . “ Katanya mau mamanya . “ beritahu Bibit yang bernama Suti itu jujur . Datin Sharifah terdiam . Memang sejak dikhabarkan oleh anaknya bahwa Nia sudah mendapat tahu siapa sebenarnya ibu kandungnya Nia sentiasa merengek mahukan Qaseh .
Datin Sharifah mendaki tangga rumahnya dan menuju kebilik anaknya . Kelihatan muka anaknya begitu serabut . Penuh dengan masalah . “ Zaf ? “ seru Datin Sharifah lembut . “ Mama , Zaf dah tak tahu nak buat apa dengan Nia . Dah macam-macam cara Zaf buat untuk pujuk Nia . Tapi Nia tetap dengan pendiriaan dia . “ Zaf mengadu tanpa memandang Datin Sharifah .
“ Kenapa Zaf tak ikut je kehendak Nia ? Qaseh tu mak kandung Nia . Qaseh juga berhak keatas Nia . Zaf tak boleh buat macam ni pada mereka “ nasihat Datin Sharifah . Hanya dia yang mengetahui apa sebab sebenar Puan Anisah menyerahkan Nia pada mereka .
“ Mak kandung ? Kalau dia mak kandung Nia kenapa dia sanggup buang Nia lepas dia lahirkan Nia ? Mama tak fikir ke semua tu ? “ Zaf mula berang tanpa sebab . “ Bukan Qaseh yang nak semua tu Zaf .. “ jelas Datin Sharifah . Datin Sharifah rasa kini Zaf harus mnegetahui hal yang sebenar .
“ Assalamualaikum… “ Jerit Mia dari luar . Dia sudah tidak mahu memikir apa akibat kepad perbuatannya itu . Yang dia tahu , dia mahukan anaknya kembali . Tidak sampai beberapa minit Zaf keluar dari rumah banglo itu .
“ Hah , ko nak apa datang sini ? “ soal Zaf acuh tak acuh . “ Saya nak anak saya “ pinta Mia lembut . Zaf ketawa sinis . “ Anak ko tak ada dekat sini “ beritahu Zaf selamba . “ Nia … Nia . Mama datang ni “ jerit Mia tanpa mempedulikan Zaf . “ Ko pekak ke ?! aku cakap anak ko tak de kat sini ! “ jerkah Zaf berang .
“ Tolong Zaf . Saya merayu dengan awak . Saya nak jumpa dengan anak saya . Saya nak jumpa dengan Nia . Tolong jangan buat saya macam ni Zaf . “ Rayu Mia . Hati lelaki Zaf sedikit terkesan melihat air mata Mia . Namun hatinya tetap dikeraskan . Dia tidak mahu kehilangan Nia .
“ Mana ko pergi selama 5tahun ni ? Aku yang besarkan Nia sorang-sorang . Ko da time dia sakit , demam ? Tak de ! Nia tak perlukan seorang mak , dia dah ada aku ! “ terang Zaf tanpa mempedulikan perasaan gadis dihadapannya dan seorang kanak-kanak yang bersselindung disebalik pintu rumahnya .
“ Tak ! Nia perlukan mama ! “ Jerit Nia lantas berlari mendapatkan mamanya yang sedang melutut menahan sebak apabila mendengar kata-kata dari Zaf . Nyata Zaf dan Mia , masing-masing terkejut dengan kehadiran Nia . “ Nia ! Pergi  masuk dalam ! “ arah Zaf tegas . Kelihatan Nia semakin mengeratkan pelukkannya pada Mia .
“ tak nak . Nia nak mama . Dulu papa janji papa nak carikan mama untuk Nia . Sekarang kenapa papa tak bagi Nia jumpa mama ? “ soal Nia petah . Mia diam tidak ingin menyampuk , sementara Zaf sudah bagai hilang kata-kata . “ Ok , papa bagi . Tapi Nia kena pilih antara papa dengan mama . Kalau Nia pilih mama Nia tak akan jumpa papa lagi , kalau Nia pilih papa Nia tak boleh jumpa mama lagi “ tegas Zaf membuat keputusan . Sedangkan Mia dan Nia sudah terkejut mendengar keputusan Zaf yang tidak matang itu .
Lama Nia berfikir dan tanpa dia sedar air matanya turun mencurah-curah . Mia yang terkejut melihat keadaan itu lantas memeluk erat tubuh kanak-kanak kecil itu . Kerana kesilapan mereka berdua pada masa lalu , anak ini yang menjadi mangsa . “ Nia nak papa dengan mama . “ Nia mula membuat keputusan .
“ Tak boleh ! Nia kena pilih satu saja “ Jawab Zaf masih dengan sikap budak-budaknya . “ Boleh ! “ tiba-tiba Mia menyampuk . Zaf nyata terkejut manakala Nia sudah diserang rasa gembira .


Nia yang sedang bermain dipadang dipandang sepasang suami isteri itu dengan penuh rasa bahagia . Si suami memandang isterinya yang sedang leka memerhatikan Nia bermain . “ ehemm . “ Si suami berdehem cuba menarik perhatian di isteri . “ Kenapa bang ? “ soal si isteri naïf .
“ A..aa.. sebenarnya abang ada benda nak Tanya Mia . “ soal Zaf jujur . Mia yang sedari tadi memerhatikan Nia kini mengalihkan pandangannya mengadap Zaf . “ Kenapa Mia pilih abang ? A..a.aa. maksud abang . Mia boleh bawa kes ni pergi mahkamah dan for sure Mia akan dapat hak jagaan Nia . Tapi kenapa Mia tetap pilih untuk berkahwin dengan abang ? “ soal Zaf jujur .
“ Sebab Mia nak Nia membesar dengan papa dan mama dia . Cukuplah dulu dia membesar tanpa mama dia . Mia taknak Nia rasa semua tu . “ jawab Mia jujur . Tapi Zaf kelihatan sedikit terluka dengan jawapan itu . “ Oh , jadi Mia tak cintakan abang . “ jawab Zaf seolah-olah berbisik . Mia tersenyum mendengar rungutan suaminya itu .
“ Mia cintakan abang demi Nia . Mia terima abang demi Nia . “ ujar Mia jujur . Zaf tersenyum penuh makna . Walau pun demi Nia asal dia cintakan aku . gumam Zaf . “ Mama , papa ! Nia nak ice cream . “ pinta Nia tiba-tiba . “ Jom ! “ ajak Zaf . Mia tersenyum . Alhamudulillah akhirnya mereka bahagia . Semuanya demi Nia . 





Thursday 28 February 2013

B.L.F. ( Best Lover Forever )



1- UNA sara binti Tajuddin . Gadis kacukan malayu-belanda . Kurang berminat dengan cinta kerana pengalaman lalu . Berumur 24 tahun , dia menutut di Uitm lumut . 



        Buku tebal bewarna biru tua itu diselak Una Sara dengan perlahan sambil matanya mencari-cari maklumat yang terdapat didalam buku itu . " Mana pula point dia ni ... " keluh Una Sara setelah hampir 15 minit mencari point tetapi masih belum dijumpai . Tiba-tiba muka surat yang diselak terselit satu kertas origami berbentuk kapal . " Dah jumpa ! " ujar Una Sara gembira . Rupanya point yang dicari-cari 'menyorok' disebalik origami kapal tadi . Origami kapal itu dikeluarkannya dari buku itu dan diletakkan diatas meja . " sibuk je benda ni " rungut Una Sara , lantas menyalin point yang dijumpainya tadi didalam buku notanya . " Una , sampai bila ko nak bertapa dalam Library ni ? Aku dah kebulur tunggu ko kat luar tu tau tak ? cakap sekejap je " rungut Intan yang sudah kelaparan menunggu sahabatnya mencari point untuk assingment mereka . " Dah jumpa dah ni . Ko tunggu kat sini kejup . Aku nak susun buku ni balik dekat rak dia . " pinta Una Sara . " Babe , buku tu letak je dalam bakkul tu , nanti librian tu susun sendiri . Ko tak yah la nak baik sangat . " tegur Intan . ' Una ni suka buang masa ! ' rungutnya sendirian . Tiba-tiba , matannya tertancap pada origami kapal yang terdapat ditepi pencil case Una Sara . " Aik ? Sejak bila si Una ni minat buat origami ni ? " Diambilnya origami tersebut . ' Read me ! ' intan menbaca perkataan yang tertulis diatas origami itu . Tanpa meminta kebenaran Una , Intan terlebih dahulu membuka origami kapal itu . Hampir terbeliak mata Intan membaca bait-bait surat itu . 


     " Una ... Ni apa ? " soal Intan sambil menayangkan origami kapal aka surat cinta itu dihadapan muka Una Sara . " Kertas kenapa ? " soal Una Sara tanpa meneliti sepenuhnya kertas itu . " Una Sara , ini namanya surat cinta . L.O.V.E.L.E.T.T.E.R . eeeee , ko ada secret admired lah Una . " terang Intan sambil mengenyit matanya . Ingat comel letew ! . Surat cinta yang dimaksudkan Intan itu diambil Una Sara . " Eh , Intan . Aku rasa ni untuk orang lain lah . Sebab benda ni aku jumpa dalam buku tadi tu . Mesti ada orang bagi dekat dia pastu dia sorok kan dalam buku tadi . Meh aku pergi letak balik . Nanti mesti tuan dia cari punya . " Ucap Una Sara lantas melipat kertas tadi enjadi kapal semula untuk diletakkan kembali .  Intan menepuk dahinya melihat kelakuan 'bengap' sahabatnya itu . " Wahai sayangku , Una . Dah terang tang-tang dekat surat ni tulis Una Sara Tajuddin . Bukan ke itu nama ko ? Dah-dah , jangan buang masa aku . Jom pergi makan pastu balik . Aku banyak kerja lagi ni ." bebel Intas menarik Una Sara keluar dari library .

     Dari jauh ada sepasang mata yang sedari tadi memerhatikan kelakuan dua sahabat itu . " Sara..sara ... " . Lelaki itu tersenyum bila mengingat kembali bagaimana keadaan Una Sara ketika menerima suratnya . 


2-   SURAT yang diterimanya petang tadi dipandang lagi . Entah mengapa dia tertarik untuk mengetahui siapa orang yang menghantar surat ini . Bait-bait dalam surat ini sangat menarik perhatian Una Sara . 

Kata William Shakespeares

' Friends is one that know you as you are ,
Understant where you've been ,
Accepts what you have come ,and still gently allows you to grow . 
Sudi tak awak jadi kawan saya ? :)

Tanpa disedari bibirnya menguntum senyuman yang tidak siapa tahu maksudnya . Tangannya mula mangambil pen dan menulis sesuatu diatas sekeping kertas . " Eh , kejup . aku nak balas cam na ? orang yang hantar surat ni pun aku tak kenal . hishh , bodoh lah ko ni UNA ! " marah Una Sara sambil mengetuk dahinya . tiab-tiba dia mendapat idea . " hah ... apa kata aku bubuh je  dalam buku tadi . seterusnya terpulang pada nasib jelah . " ujar Una Sara bernada pasrah . Tiba-tiba kepalanya diketuk dari belakang . " woi Una ,  ko jangan nak buat takut aku . Yang ko cakap sorang-sorang tu kenapa ? Dahlah malam ni malam jumaat " marah Intan yang terkenal dengan sikapnya yang penakut itu . Una Sara mendapat idea . Rambut Una Sara yang melepasi bahu itu dibawanya kedepan .dan pelahan-lahan dia menghampiri intan . " UNA !!!!!!!!!!! "

3 .   Sudah hampir 1 jam Rayqal menetap didalam library , tapi wajah insan yang dirindui masih juga belum muncu-muncul . " Qal , jom ah . dia tak datang kut hari ni " ajak Azmi yang sudah penat teman Rayqal tunggu 'kekasih' dia . Dengan perasaan yang kecewa Rayqal melangkah kaki keluar dari library . Tiba-tiba . " sorry ... sorry abang . saya tak perasan ." pinta gadis yang melanggarnya tadi . Secara langsung bibir Rayqal menguntumkan senyuman . " Its ... " belum habis Rayqal menghabiskan kata-katanya , seorang gadis lain datang menerpa gadis dihadapannya . " Una , cepatlah . Cakap nak pergi letak surat dalam buku je . Ni dah 20 minit aku tunggu . Ko .... " kata-kata Intan terhenti apabila terlihat dua orang asing disamping Una Sara . " Opss ... Sorry . " pinta Intan lantas menarik tangan Una Sara pergi dari situ kerana TERSANGAT malu . Rayqal dan Azmi hanya mampu tersenyum . Kertas yang berada diatas lantai itu dipandang dengan perasaan yang sukar ditafsir . 



               " Intan Razak ! ko ni apesal ? Main tarik je , aku baru minta maaf dekat senior tu sebab aku terlanggar dia . " marah Una Sara dan menarik kembali tangannya dari pegangan Intan . Intan memengang kedua-dua belah pipi Una Sara dengan tangannya . " UnaSara , Kau tau tak siapa mamat yang kau langgar tadi ? " soal Intan . Una Sara hanya mengankat kedua-dua belah bahunya menandakan dia tidak tahu . " Nama dia Syed Aidid Rayqal bin Syed Azam . Budak bisnes . Dan the important thing is , he's not our senior . Dia sama kita lah Una ... " jelas Intan . Una Sara hanyya mengangguk . baginya tidak menjadi masalah untuk dia memanggil mamat tadi tu abang , tanda hormat . Mungkin dia tua beberapa bulan dari aku kan ... " Tapikan Tan , macam mana kau kenal dia eh ? " soal Una Sara ingin tahu . " Aku sebenarnya dah lama dok usha mamat tu kat cafe . Tapi dia je buat tak layan kat aku . Dah la muka hensem , takde langsung jerawat . badan umph ! bibir dia . bibir dia ereh beb , " Intan mula buat otak gila dia tu . Una Sara menoak kepala Intan perlahan . " dah . tak yah nak bernafsu sangat kat sini . Jom masuk kelas , kita dah  lambat ni ."


         Suasana di cafe hari ni sedikit sibuk . Una Sara dan Intan mengambil tempat ditengah-tengah kepekatan orang . Memang Una Sara sengaja mengambil tempat ditengah-tengah laman tu , sebab dia suka tengok telatah manusia bila berada di cafe . HAHA , macam- macam ragam . Tiba-tiba penglihatannya terganggu oleh makhluk allah yang berdiri tepat dihadapannya . Didongangkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan orang yang ingin menempah bala ini . Lelaki itu hanya tersenyum memandang Una Sara . " What can i help you ? " soal Una Sara memerli . " Awak yang cakap kalau saya betul nak kawan dengan awak saya kena face-to-face dengan awak kan ? SO , here i am . I'm Syed Aidid Rayqal Syed Azam . " Panjang lebar Rayqal memperkenalkannya kepada gadis dihadapannya . Una Sara memandang Rayqal tidak percaya . 'Oh NO ! " bentak Una Sara dalam diam . Intan Memandang Una Sara tidak berkerdip . ' Biar betul minah ni , aku yang ah 2 tahun dok ngorat Rayqal takdapat-dapat . dia boleh pula arah si Rayqal tu suruh jumpa dia . ' bebel Intan dalam diam . Tidak berpuas hati . 



4.   BAGAIKAN tidak sedar , perhubungan Rayqal dan Una Sara sudahpun menjangkau angka 4 . Ya , sudah 4 bulan Rayqal dan Una Sara menjalinkan persahabatan . Persahabatan yang mengundang cemburu ramai gadis-gadis di UitM tempat mereka belajar . Maklumalah , Lelaki kacak pujaan melaya lah katakan . Tapi perasaan Una Sara terhadap Rayqal tidak lebih dari seorang kawan . Namun tidak pada Rayqal . Setiap hari perasaan sayang dan cintannya pada Una Sara semakin menggebu . Lebih-lebih lagi ramai yang menggelar mereka pasangan kekasih kerana sering terlihat bersama . Satu hari Rayqal membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Una Sara . 



             Una Sara disebelahnya dikerling sekilas . Rayqal cuba mengumpul kekuatan untuk meluahkan perasaannya hari ini . " Sara , saya ada sesuatu nak bagitahu awak . " Ucap Rayqal sebagai permulaan . Una Sara hanya mengangkat keningnya menyuruh Rayqal meneruskan bicaranya . " Saya Cintakan Awak . " ujar Rayqal . " Oh. " hanya itu yang keluar dari mulut Una Sara sebagai jawapan untuk luahan perasaan Rayqal tadi . " Itu je yang awak nak cakap ? " tegur Rayqal sedikit terkilan dengan riak balas dari gadis disebelahnya itu . " Habis awak nak saya cakap apa Rayqal ? Itu perasaan awak , saya tak boleh nak buat apa kan ?... " jawab Una Sara masih dengan modd selambanya . " Awak tak rasa ke apa yang saya rasa Sara ?" soal Rayqal dengan suara yang semaking mengendur . " Give me time to think . " pinta Una Sara lembut tidak ingin melukakan hati lelaki disebelahnya itu . " Saya akan tunggu . " jawab Rayqal dengan yakin . " Tapi .. Jangan terlalu mengharapkan jawapan yang positif dari saya " Una Sara mengingatkan Rayqal dan lantas berlalu pergi .



             Lambat-lambat Una Sara melangkah masuk kedalam rumah sewanya . DIhempaskan badannya disebelah intan yang sedang asyik menonton cerita Jodoh lakonan Dazrin dan Scha Alyahya . Otak Una Sara kusut memikirkan masalah Rayqal . Ini yang paling dia alah , sahabat nak jadi kekasih . " Arghh !!!!!! " jerit Una Sara mengejutkan Intan yang sedak seronok menonton itu . " Pukk ! " satu tamparan hinggap dipeha kanan Una Sara . " Sakitlah Gila ! " marah Una Sara mengosok pehanya . " Ko tu yg kenapa ? Tiba-tiba menjerit macam orang gila . "


" Hmm ..."

"Ko ada problem ke Una ? "
"hmm ..."
" hmm.hmm . kalau ada , cite lah . bukan hmm.hmm. je "
" Tadi . Rayqal cakap dia cintakan aku . "
" Wow !!! good news . good news .. Tahniah Una !! .. "
" Tapi aku tak suka dia "
" Una ? Are you out of your mind ? He's perfect for you . "
" haih ... "
" Una ... Whats wrong ? "
" Aku tak anggap dia lebih dari kawan Tan . "
" Una , tipulah kalau kau tak ada sikit pun perasaan untuk dia . ko selalu dengan dia , mana ada dia situ ada kau . Sampai ramai orang kat Uitm tu ingat korang couple . "
" itu kata orang intan . Mulut orang memang  tak boleh tutup . Intan , aku anggap dia sebagai kawan aku je . no less no more . "
" But why Una , I taught you love him . Cause you care so much about him . sebenarnya apa yang kau rasa bila kau dengan dia ? "
" Memang aku tak nafikan , aku bahagia dengan dia . aku gembira , He made my day . Tapi aku tak pernah rindu dia lebih dari seorang kawan Intan . Aku sayang dan cinta dia . tapi sebagai kawan . He's so handsome Intan . "
" memang lah dia handsome . Tak kan itu yang menghalang rasa cinta ko . patutnya itu yang membakar lagi rasa cinta kau . " Wajah Una Sara tiba-tiba berubah mendung .
" sebab aku tak nak jadi macam mummy aku Tan ... "
" hum ? tak faham . "
" Mummy aku terpikat dengan daddy aku sebab utama dia ialah rupa daddy aku . dia memang hensem . sebab tu mummy aku sanggup lari rumah dan kahwin dengan daddy aku . mummy aku masuk islam pun sebab daddy aku . lama-lama mummy aku tertarik dengan islam . mummy aku belajar dan belajar sebab mummy aku nak jadi isteri yang sempurna untuk daddy aku . tiba-tiba daddy aku minta cerai . alasan daddy aku sebab mummy aku dah jadi makin kolot . nak minum arak pun tak boleh , nak ajak pergi friday night pun tak nak . sebenarnya daddy aku dah ada perempuan lain . perempuan cina . sebab tu aku dah xde hati dengan lelaki hensem . "
" hahaha . apalah kau ni Una . sebab itu je . Una . Bukan semua lelaki hensem tu jahat . Kalau ko takde hati dengan lelaki  hensem . kenapa kau terima dia jadi kawan ko . " Una Sara menundukkan wajahnya seraya menjawab . " Sebab aku yakin dia bukan macam daddy aku .. " perlahan Una Sara mengucapkan 8 perkataan itu tapi cukup untuk Intan dengar . " Una .. Una .. suka hati kau lah una . Hati orang . mana boleh paksa kan ? "

5.     UNA Sara sabar menanti kedatangan sahabatnya itu . Jam ditangannya dikerling sekali lagi . " Nah . " ujar Rayqal seraya menghulurkan buku berkulit merah itu kepada Una Sara . " wah !!! Thanks Qal . KO memang sahabat terbaik aku . Thanks eh ? " ujar Una Sara gembira . " Hum .. " sedikit kecewa bila mendengar Una Sara menggelarkan dirinya SAHABAT . Ya , gadis itu masih belum memberi sebarang jawapan setelah luahan hatinya 6 bulan lalu . " Eh , tapi ko bagi aku pinjam ni , kau nak guna buku aku satgi . ? " soal Una Sara , " takpe , aku dah photostate ni . " ujar Rayqal sambil menunjukkan buku yang baru diphotostatenya tadi . " lah ... ko ni Rayqal . Susah-susah je . patutnya aku yang kena photostate , sebab ni buku kau . " . Rayqal hanya menggeleng . tersenyum .



              Una Sara merehatkan badannya yang keletihan diatas katilnya . Dipandang teddy bear coklat pemberian Rayqaal 3 bulan lalu . Tak tahulah apa sebab Rayqal bagi dia hadiah ni . Tiba-tiba telefon samsung s3nya menjerit minta diangkat . 


" Hello . "

" Hello . Assalamualakum Sara . "
" Waalaikumussalam . Kenapa Rayqal ? "
" Saja call , tak bole ? "
" takdelah , ingat ada hal penting tadi nak bagi tau . "
" kenapa ? Kalau xde hal penting tak boleh call lah ? "
" eh ,takdelah . Yang awak emo pula malam kenapa Qal ? "
" Sara .. Awak masih tak da jawapan tu ? "
" Rayqal ... Kan saya cakap . bagi saya masa . "
" berapa lama lagi yang awak nak Sara ? dah 6 bulan lebih . takkan takde jawapan lagi ? "
" Rayqal , i said give me time ?! sebab tu saya dah cakap jangan harap keputusan positif dari saya . waktu awak cakap awak akan tunggu saya tu . saya dah yakin yang ucapan awak tu hanya hangat-hangat taik ayam . selama saya hidup 24 tahun ni Rayqal . dah ramai cakap macam tu dekat saya . Tapi tak sampai setahun , dia hilang . Rayqal , kalau awak dah tak sanggup nak tunggu saya . just give up . tapi jangan paksa saya untuk bagi jawapan waktu tu juga ! " jawapan una Sara membuatkan Rayqal sedikit tersentak .
" Im sorry . Sorry kalau awak rasa macam saya paksa or desak awak . Saya tak pernah bermaksud macam tu Sara . Dan ingat , saya akan dan sanggup tunggu awak sampai bila-bila Sara . Saya harap awak tak sia-siakan penantian saya . "
" saya nak tidur . assalamualaikum . " 

Talian dimatikan . Rayqal meraup mukanya . Una Sara . kenapa susah sangat nak tawan hati awak ni .. bukan mengeluh tetapi naluri kelakiannya sedikit tercabar dengan sikap acuh-tak-acuh Una Sara . Kadang-kadang Una Sara seperti suka dengannya tapi kadang-kadang sebaliknya . Hati Una Sara susah ditebak . kita rasa A tapi sebenarnya B . Sara .. Sara ... Semakin keras hatinya semakin hatiku tertawan . Rayqal tersenyum sendiri mengenang sikap dan keletah comel Una Sara yang sentiasa menaikkan keinginannya untuk mendampingi gadis itu . Tetapi tembok batu yang dibina didalam hati Una Sara itu sering membantutkan hasratnya . Wallscreen iphonenya dipandang sayu . Gambar Una Sara bersamanya sewaktu sukaneka di uitm itu dijadikan wallpapernya .



            Sedar tak sedar dah setahun persahabatan kami terjalin . Rayqal masih setia menanti jawapan Una Sara  . dan hari ini mereka berjanji untuk meraikannya di lumut . Una Sara dihadapannya dipandang tanpa berkelip . Una Sara nampak cantik dengan mengenakan baju kurung bewarna biru muda itu . " Ada apa-apa dekat muka saya ke ? " soal Una Sara naif . " Awak comel sangat .. " puji Rayqal sambil memcubit pipi gebu Una Sara . " Sakit lah .... ! " marah Una Sara mengosok-gosok pipinya . " jom makan ! " ajak Una Sara  lantas menuju kearah KFC yang berada berdekatan dengan pantai lumut itu . 


         Una Sara mengelap tangannya yang basah dengan tisu yang disediakan . Rayqal memandangnya dengan perasaan yang bercampur baur . Una Sara mengangkat keningnya kepada Rayqal .

" Sara .....'
" Yes i am ?"
" how about my confession ? "
"Rayqal , we're eating now . "
" But it has been a year Sara . "
" Rayqal ! PLease " bentak lalu melangkah keluar dari restoran KFC tersebut . Rayqal pantas mengejar dari belakang . " Sara Stop ! " Rayqal menarik tangan Una Sara untuk menghentikan langkah kaki Una Sara . " Apa yang susah sangat awak nak jawpa soalan saya sara ? soalan saya tu mudah je . Ya atau tak . easy right ? what take you for a year untuk memjawab soalan yang semudah tu . " Una Sara merentap tangannya kembali . " Kalau saya jawab tak apa awak buat ? Kalau saya jawab ya . apa awak buat ?! " suara Una Sara mula meninggi . " Easy . Kalau tak , saya aku terima . Tapi harap awak faham kalau saya dah tak layan awak macam dulu . " jawapan Rayqal menyentap hati Una Sara . Ianya membuat Una Sara sedikit takut . Ya , dia takut dia akan kehilangan Rayqal . Tetapi dia tidak tahu kenapa ? takut kehilangan seorang kawan atau sebaliknya . " Kalau ya , saya akan bahagiakan awak lebih dari apa yang awak bayang kan . " sambung Rayqal lagi . " That is it . Jawapan saya akan merangkumi dan bertindak balas pada masa depan saya . saya mungkin akn kehilangan kawan saya or saya akan menukar status kawan pada kekasih . Awak tau tak , susah bila persahabatan menjadi cinta . Saya selesa dengan awak sekarang dan saya takut saya mula tak selesa bila kita bercinta . bagi saya masa . " . 
" Berapa lama lagi Sara ?"
" tak tahu "
" i want the answer now ! "
" no , you cant force me Aidid Rayqal ! "
" Yes , i cant . im tired with you excuse . i've done everything for you . Macam-maca saya dah buat untuk awak cintakan saya . semua saya dah korbankan untuk awak . tapi awak masih cakap yang awak takde jawapan ? awak ni nak main-main kan saya ke ?! "
" Rayqal ! " 
" Una Sara !! "
" ALrigth ! My answer is no ! i dont love you ! got it . now , leave me alone . " Rayqal terpaku tidak bergerak . Riak mukanya sukar ditafsir . Marah tidak , suka lagilah jauh . Perlahan-lahan , tanpa kata . dia berlalu pergi . Una Sara membaling pandangannya kearah laut yang mengalir tenang di tebing lumut itu . Dia ingin melihat sesuatu untuk menenankan hati dan otaknya . ' Ya allah . Aku harap apa yang aku lakukan ini adalah yang terbaik untuk ku . ' doa Una Sara dalam hati . 



6 .    SUDAH sebulan selepas perhristiwa yang sangat 'memenatkan' itu . Sejak itu , Rayqal berhenti menghubunnginya . DI U , Una Sara tidak pernah lagi bertemu dengan Rayqal . Ramai yang menanyakan pada Una Sara keberadaan Rayqal dan ada juga yang bertanya adakah kami bergaduh atau sudah putus . Aku hanya memilih untuk berdiam diri . Aku sudah dapat menganggak . inilah pengakhiran untuk kisah kami , untuk penantian Rayqal . Konon cakap nak tunggu sampai bila-bila , tengoklah sekarang ! dasar lelaki ! Skrin ladtop dihadapannya dipandang lagi . " Bosanlah . " rungutnya . tiba-tiba ada seorang perempuan menegurnya difacebook .


Najwa Wawaa : Akak ni kawan abang Rayqal eh ?
Una Sara : A'ah . Adik ni siapa ye ?
Najwa Wawaa : Saya najwa , adik abang Rayqal .
Una Sara : Oh .. 
Najwa Wawaa : Abang Rayqal selalu cerita pasal akak dulu .
Una Sara : oh , yeke ? Cerita pasal baik ke buruk ? [[f9.callme]
Najwa wawaa : Oh ye , abang rayqal ada jemput tak ke majlis pertunangan hari sabtu ni ?
Una Sara : hah ? xde pula . siapa tunang ? Abang rayqal ke ?
Najwa wawaa : oh , abang lupa lah tu . Ye lah banyak kerja yang abang kena buat . maklum lah pihak penggantin lelaki lah katakan . HAHA . oklah nak out dah ni . Ada kerja . BYe . jangan lupa datang tau sabtu ni .

Tunang ? Rayqal tunang ? kenapa aku macam tak suka je dengar berita gembira nie eh ? NO Una ! ko kenapa gembira untuk rayqal . ko yang tolak dia dulukan , so ko jangan nak buat perangai sekarang ! . " Betul ke Rayqal nak tunang ? " soal Una Sara lagi . 'Intan ! ' Una sara keluar dari bilik mencari kelibat intan . Intan ni memang kaki gosip . Mesti dia tahu . " Intann !!!! " 
" Oh mak kau terkujut ! " latah Intah . 
" intan ... "
" apa nye ! terkejut aku tau tak . sejak bila ko jadi tarzan ni . nak apa ? "
" ko ada dengar apa-apa berita pasal Rayqal ? "
" Aik ? Rindu ke ? tulah dulu aku suruh terima , ko tknak . degil ! sekarang siapa yang susah ! "
" Dah xde masa untuk tu . KO ada dengar tak apa-apa berita ? "
" Hm ... Hari tu aku ada dengar membe-member dia cakap pasal kenduri kat rumah dia . Tapi aku tak tahu pula kenduri apa . Kenapa weh ? " wajah Una Sara menjadi suram mendengar khabar itu . tidak tahu mengapa dia seperti tidak merelakan Rayqal jatuh ketangan orang lain .
" Una ! Kenapa weh ! " suara intan sedikit meninggi apabila soalannya tidak disambut oleh Una Sara . " Tadi aku chat dengan adik dia , adik dia kata dia akan bertunang sabtu ni " jelas Una Sara tanpa memandang Intan . " Ohh , baguslah . Akhirnya jumpa juga jodoh si Rayqal tu . Orang kecewa lah katakan . " ujar Intan sengaja ingin memerli Una Sara . Una Sara terkesan dengan kata-kata Intan itu . 

7.        HARI dinyatakan kini tiba . 10 Febuari . Hari Sabtu . Rayqal akan ditunangkan dengan gadis lain pada pukul 12 tengah hari ini . Untuk kesekian kalinya Una Sara mengerling Jam di dinding rumah sewanya . Intan sedikit tergelak dengan kelakuan temannya itu . " Ko asal Una ? Asyik tengok jam je . Ada date ke ? " soal intan . Una Sara tidak menjawab tetapi hanya menggeleng . Jam kini tepat mennujukan pukul 11 tengah hari , Una Sara tiba-tiba bangun dari duduknya . Intan terkejut dengan kelakuan sahabatnya itu . " Una . Ko kenapa ni ? cuba bagi tahu aku . " soal intan menggosok belakang Una Sara . " Rayqal . " Intan sudah menganggak apa yang berada difikiran sahabatnya ketika ini . " Ya , kenapa dengan Rayqal ? " soal Intan sengaja ingin mengetahui isi hati Una Sara yang sememangnya sudah di tahu . " Dia tak boleh kahwin dengan orang lain Intan . Dia dah janji dengan aku . dia akan tunggu aku . " Ujar Una Sara bersama linangan air matanya . Dia sudah tidak dapat menahan sebak didadanya . " Una , ko jangan nak buat hal . Dulu ko yang tolak diakan . Biarlah dia dah bahgia sekarang UNa . " pujuk INtan . Laju Una Sara menggeleng . " Dia hanya boleh bahagia dengan aku Intan . AKu tahu . " . INtan tersenyum penuh makna . " Habis ko nak buat apa sekarang Una . Kurang dari sejam Rayqal nak tunang dah . " Kata Intan berpaling ingin mencari telefon bimbitnya . " KIta kena halang majlis ni , ko kena teman aku pergi rumah dia Intan . " Intan terkejut dengan cadangan Una sara . " Hei , Una . Sedar-sedar ! ko dah kenapa ni ? Sampai nak rempuh-rempuh majlis orang . ". " Cepat INtan !!!!!! "



        Suasan rumah banglo Syed Azam tersergam indah dengan renda-renda . Syed Azam dan isterinya Rahimah sedari tadi sibuk melayan tetamu . Najwa disebelah bakal kakak iparnya sibuk membelek telefon . " Mana kak Intan ni ... " bebel Najwa . " Apa wawa cakap ? " soal Syafiqah , bakal kakak iparnya . " Hehe , takde apa " jawab Najwa . Abangnya dihujung ruang tamu dijerling sekilas . Sejak khabar cintanya ditolak Kak Sara , abang Rayqal susah untuk keluar rumah . Dia lebih memillih untuk meluangkan masa didalam bilikknya . Selepas ini Najwa yakin , abang akan bahagia kembali . Tiba-tiba sebuah kereta Myvi Ungu berhenti dihadapan rumahnya . Najwa tersenyum . " Akhirnya..... " . Seorang perempuan memakai seluar jeans dan t-shirt merah memasukki perkarangan rumahnya . Mata gadis itu meliar-liar mencari kelibat seseorang . Najwa mendapat idea nakal . " Abang Ray , sini kejup . " Najwa memanggil abangnya . " Abang boleh tak tolong wawa ambil beg wawa kat luar tu . " arah Najwa . " ah , malas lah abang . ko pergi ambil sendiri . " tolak Rayqal . " PLease abang , Ada benda yang abang suka kat situ . " Najwa sengaja mengumpan abangnya . " hishh , gedik ! " marah Rayqal lembut lalu berlalu keluar kehalaman luar . sedang dia asyik berjalan menuju kearah beg yang dimaksudkan Najwa tangannya digemgam seseorang . " Rayqal , tolong hentikan semua ni . " rayu Una Sara . Rayqal amat terkejut dengan situasi ketika ini . Banyak mata-mata kini memandang mereka berdua . " Sara .... Apa ni ? Apa yang awak buat dekat sini . " soal Rayqal cuba melempaskan tangannya dari gemgaman Una Sara . Namun gemgaman gadis itu semakin kuat . " Rayqal . Saya tahu saya salah sebab tolak cinta awak dulu . Saya khilaf . saya bodoh . saya keliru waktu tu . Tapi tolonglah Rayqal . Hentikan pertunangan ni . Saya cintakan awak . Awak . hanya akan bahagia dengan saya . Awak dah janjikan nak bahagiakan saya lebih dari apa yang saya jangka . Awak kena tunaikan janji awak ! awak . tak boleh kahwin dengan orang lain . " marah Una Sara bersama lebatan air mata . Rayqal tersenyum mendengar 'luahan perasaan ' gadis yang dirinduinya itu . Ya , memang sejak kebelakangan ini dia jarang bertemu dengan gadis itu kerana ingin menyiapkan majlis pertunangan ini . Tapi ini bukanlah Majlis pertunangannya seperti apa yang dikatakan Una Sara . Ina majlis pertunangan abang sedaranya yang menumpang rumah mereka untuk mengadakan majlis pertunangan itu . Mata Rayqal melilau mencari seseorang . Dari jauh kelihatan Najwa bersama intan yang menunjukkan jari good kepada Rayqal . Rayqal mula mengesyak sesuatu . 

" siapa yang bagi tahu awak pasal majlis ni ? "
" Tolong jangan tinggalkan saya Rayqal ... "
" saya tanya siapa ? "
" adik awak dengan intan . " Rayqal tersenyum mendengar jawapan Una Sara . Tangan Una Sara yang sedari tadi mengemgam tangannya diangkat kemukanya dan dicium . air mata yang tidak berhenti mengalir dimuka Una Sara dikesatnya . " Ya Sara . Saya dah janji akan bahagiakan awak lebih dari apa yang awak sangka . Dan saya akan tunaikan janji saya . Satu yang awak perlu tahu , saya sentiasa sayangkan awak . "
" Betul ? Jadi awak akan batalkan pertunangan ni ? " soal Una Sara sedikit gembira . Namun senyumannya mati apabila melihat gelengan Rayqal  . Tangannya yang digemgam Rayqal direntap kasar . 
" oh , sekarang awak nak balas dendam pulak eh . Sebab saya tolak cinta awak dulu ? "
" Sayangku Una Sara , pertunangan ni bukan pertunangan saya . Awak dah kena tipu dengan Najwa dan Intan . " penjelasan Rayqal menyebabkan muka Una Sara memerah . ' KUrang AJar budak budak ! Siap ko Intan ! " marah Una Sara dalam hati . Tapi , dari sudut lain . dia berterima kasih kepada dua orang budak sengal itu kerana merekalah dia dan Rayqal bersatu kembali . 

8 .      " TERMENUNG apa tu sayang ? " tubuh kecilnya dipeluk dari belakang . Perutnya yang membojot itu digosok sang suami perlahan . " Abang baru balik ? " Una Sara menyalam suaminya , Aidid Rayqal yang baru pulang dari kerja . Selepas peristiwa memalukan itu , dia dilamar oleh Rayqal . 3 bulan selepas itu mereka menikah . takyah tunang , terus nikah . Gelojoh kata Intan . Tapi bagi ku , aku sudah tidak sanggup berjauhan dengan Rayqal . Sayang lah katanya . " Jom masuk dalam , sejuk baby ni nanti . " Rayqal menarik tangan isterinya masuk kedalam rumah . " Abang tahu tak , abang adalah BLF Sara ! " ucap Una Sara seraya memeluk suaminya . " BLF ? apa tu sayang ? " soal Rayqal kebingungan . " Best Lover Forever ! " ujar Una Sara tersenyum bahagia . Ternyata tidak salah dia memillih Rayqal menjadi imam nya . 















Cinta Kita



1 .       JAM tepat menunjukkan pukul 5.00 petang . Kereta Audi A5 milik Ashraf sudah pun tersidai di pembahagi jalan semetara menunggu Kayla Zuraini habis waktu sekolah . Dari jauh kelihatan seorang budak tergedek-gedek berlari masuk kedalam kereta . " Assalamualaikum Uncle Ash . " Gadis kecil comel memakai baju kurung putih itu memberi salam seraya memasuki kereta . " Waalaikumussalam Kayla . Kayla nak makan apa petang ni ? " soal Ashraf pula sambil mengosok kepala Kayla . " Hummm . Hari ni Kayla dah janji dengan nek Yam nak makan kek pisang sama-sama . Lain kali lah kita makan sama-sama ye Uncle Ash " Ashraf tersenyum menggaguk .


                     " Mana Kayla mama ?  " soal Zaara sebaik saja dia memasuki rumahnya . Hatinya dipagut rasa bersalah kerana pulang lewat hari ini . Kerja dipejabat hari ini banyak sangat sebab tu dia terlewat pulang dan lupa akan janjinya untuk makan kek pisang bersama-sama dengan Kayla dan Mak Yam . " Ada tu dekat beranda tengah merajuk " ujar mak Yam seraya memuncungkan mulut kearah beranda . Zaara segera menghampiri anaknya yang berusia 7 tahun itu . " Kayla lukis apa ? " soal Zaara cuba memujuk anaknya itu . Kayla tidak menjawab , namun hanya mendiamkan diri dan terus melukis . " Kayla marah mama eh ? Mama minta maaf lah sebab hari ni kerja mama banyak sangat . Tu yang mama lupa date mama dengan kayla . Maafkan mama eh . Kayla tak kesian dengan mama ? " pujuk Zaara . " Kayla tak marah mama pun , kayla tahu . Mama kerja sebab nak cari duit untuk bela Kayla . Beli baju baru untuk Kayla . NekYam dah bagitau " jelas Kayla lantas memeluk Zaara . " Macam tulah anak mama " ucap Zaara lantas mencium ubun-ubun Kayla . " Kayla kesian dengan mama . Mama kena kerja kuat . Kan best kalau papa ada . Mama boleh duduk rumah je jaga Kayla . Biar Papa je pergi kerja cari duit untuk kita . kan ma ? "  Zaara tersentak dengan bicara Kayla . Memang tidak dinafikan , walaupun baru berumur 7 tahun Kayla sudah petah berkata-kata . Semakin meningkat usianya , semakin sering Kayla bertanya soal papanya .

                    Nur Kayla Zuraini binti Adam Zafril . Hanya Adam Zafril sahaja yang Kayla tahu soal papanya . Yang Adam Zafril bin Dato Idris . Lelaki yang datang dalam kehidupan aku dengan kebahagiaan dan pergi sekelip mata meninggalkan kedukaan yang teramat berat untuk tanggung sendirian . Allah itu maha adil , dihadiahkannya Kayla sebagai penguat semangat ku . Aku bersumpah atas nama Kayla , tiada siapa yang boleh merampasnya dari aku .


2 .     " Aduhh ! " adu Kayla kerana terjatuh ketika cuba melintas jalan . " Adik ok ? " soal seorang lelaki cuba membantu Kayla untuk berdiri . Zaara yang berlari untuk mendapatkan anaknya itu lantas memeluk Kayla tanpa menyedari kewujudan lelaki asing itu . " Anak mama ok ke ni ? Macam mana boleh jatuh ? Kan mama dah cakap , kalau nak lintas tu hati-hati . Jangan berlari . " bising Zaara memarahi anaknya itu . " Zaara ok lah mama , nasib baik ada Uncle ni . Uncle ni yang tolong Kayla . " terang Kayla lantas tersenyum kearah lelaki asing yang dimaksudkan Kayla itu . ZUP ! Hati Zaara dipagut gelisah pila melihat wajah itu . Kenapa sekarang ? soal Zaara sendirian . Zaara cuba berlagak tenang . " Oh , terima kasih encik sebab selamatkan anak saya . Saya minta diri dulu ye " pinta Zaara lantas menarik Kayla untuk secepatnya beredar dari situ . Namun , langkah Zaara terhenti apabila tangannya dipegang lelaki asing tadi . " Wait , Zaara . " arah lelaki asing itu . Kayla memandang Zaara dengan muka kebingungan .
             " Uncle , mana boleh pegang mama Kayla . Berdosa , bukan muhrim . " pintar kanak-kanak berumur 7 tahun itu berbicara . Pasti tiada cacat celiknya ketika dibesarkan oleh mamanya itu . Lelaki asing itu mencangkung lalu mencubit pipi gebu milik Kayla . " Sayang , Uncle ni mahram mama . Tak dosa kalau Uncle pegang mama " terang lelaki asing itu , atau lebih tepat lagi Adam Zafril . Papa Kayla . Zaara diam tidak bergerak , kakinya bagai terpaku dibumi . Dia membiarkan saja anak itu berbual dengan papa yang selama ini dinanti-nantikan . Kayla semakin bingung bila mendengar penjelasan Adam . Adam yang memahami kesulitan budak itu untuk memahami ayatnya hanya tersenyum . " Zaara , i think we need to talk " ujarnya tegas . Mulut yang sedari tadi bagai terkunci , akhirnya dapat digerakkan . " I dont think so , jom kayla . " bidas Zaara lantas meneruskan perjalannya menuju ke kereta suzuki swift hitam yang sedari tadi tersedai di bahu jalan itu . Kelihatan Kayla melambai-lambai kearah Adam sebelum memasuki kereta .


4.   " Abang nak pergi mana ? " soal Zaara yang terkejut apabila melihat Adam keluar dari bilik dengan menjinjit beg pakaiannya . " Abang .... Mama sakit , Abang kena balik Malaysia sekarang . " Ucap Adam tanpa memandangku . " Habis Zaara macam mana ? Takkan abang nak tinggal Zaara dekat sini sorang-sorang ? " ucap Zaara dalam sendunya . Mana janji dan sumpah setia Adam untuk sentiasa ada disisinya ? " Zaara .. Zaara tahu kan Mama dengan Zaara macam mana ? Biar abang selesaikan masalah dekat sana dulu baru abang ambil Zaara balik Malaysia . " Ucap Adam . Ya , memang . Perkahwinan mereka tidak direstui oleh kedua-dua belah keluarga . Kerana cinta mereka tetap meneruskan perkahwinan tanpa restua dari kedua-dua belah pihak . Adam sedang memakai kasut segera dihampiri Zaara . " Abang ... I'm pregnant " ujar Zaara dengan harapan Adam akan membatalkan hasratnya untuk pulang ke Malaysia . Adam memandang Zaara untuk meminta kepastiaan untuk kenyataan Zaara tadi . Zaara mengangguk tersenyum . " Yes Abang . I'm pregnant . 6 weeks . Our baby " Ujar Zaara mengosok perutnya yang masih kecil itu . " Kita balik sama-sama ye abang ? " pujuk Zaara . Zaara pasti keluarga mertuanya pasti menerima dia apabila mendengar khabar yang menggembirakan ini . Siapa yang tidak suka menerima berita sebegini , fikirnya . " NO ! " pintas Adam serius . Zaara terpempan dengan reaksi suaminya . " Wh.. What .. Do you .. mean by no ? " soal Zaara tergagap-gagap . " Zaara ... pleasee ... Faham abang untuk kali ni . Zaara stay sini dulu . " Adam cuba berdemontrasi .
         " Then what ?! Abang tinggal Zaara sorang-sorang dekat melbourne ni . Abang balik Malaysia . Kahwin baru , tahu-tahu surat cerai sampai depan rumah ...... " Pang !!! satu tamparan singgah dimuka putih Zaara . Terduduk zaara terkejut . " Behave yourself Zaara ! " Marah Adam , lalu melangkah pergi meninggalkan Zaara dengan tangisannya yang semakin menjadi-jadi .

        Sejak itu , Adam pergi dan tidak pulang . Selama 3 tahun Zaara menanti kepulangan Adam di melbourne . Namun hampa , tiada perkhabaran dari lelaki itu . Pada bulan Disember tahun lalu , Zaara selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Kayla Zuraini . Hati Zaara remuk . Sakit . Harapannya untuk melihat Adam mengazankan anak pertama mereka tidak kesampaian . Nasib baik ada seorang doktor islam ditempat Zaara melahirkan bayinya , doktor itulah yang mengazankan anak perempuannya itu . Selama dua tahun penantiann Zaara , keluarganya sering datang melawatnya dimelbourne dan memujuknya untuk pulang ke Malaysia . Namun , Zaara tetap berkeras untuk menanti suaminya di melbourne . Sehinggalah suatu hari , dia mendengar khabar dari salah-seorang sahabat Adam di melbourne yang mengatakan Adam bakal melangsungkan pertunangannya dengan seorang gadis pilihan keluarganya . Sejak itu Zaara berdekat dia akan membesarkan anak itu sendirian dan tiada lagi lelaki dalam kehidupannya . Zaara pulang keMalaysia dan menetap bersama keluarganya di Kedah .


5 .     GAMBAR diskrin ladtopnya dipandang sepi . Kelihatan seorang budak perempuan tersenyum gembira disamping seorang wanita ditaman permainan . Hati lelakinya yakin mengatakan gadis itu ialah anaknya yang ditinggalkannya 7 tahun lalu di Melbourne . Wajah budak itu yang iras-iras wajahnya menyakinkan lagi firasatnya . Wajah wanita disebelah wanita itu dipandang lagi . ' Zaara , Abang rindu Zaara ' gumamnya . Dia sangat menyesal atas perbuatannya dahulu , meninggalkan isteri dan anaknya dimelbourne . Mukanya diraup untuk kesekian kali . Tapi dia mempunyai sebab yang kukuh untuk keputusannya 7 tahun lalu . Adam melihat komen gambar yang dijumpainya di Facebook milik Zaara . Nasib baik Zaara tak block dia lagi . HEHE .

Fira Hasyim - Comelnya Kayla .
Zaara Balkis - Terima kasih , tengoklah mama dia  
Faizal Razak - Comelnya . Mama dengan anak sama-sama comel .
Zaara Balkis - Thanks Faizal .

Hati Adam tiba-tiba berapi apabila membaca komen-komen lelaki yang menggatal dengan Zaara . Tiba-tiba matanya tertancap pada satu komen .


Erin Zainal - Suka tengok muka Kayla . Sama macam papa dia .

" Erin Zainal . " sebaris nama itu disebutnya mendatar . Dia yakin inilah Erin yang selalu diceritakan Zaara suatu ketika dahulu . Seingat Adam , Zaara dengan Erin memang tiada rahsia . Erin merupakan sahabat baik Zaara sejak sekolah menengah lagi . Profile Erin Zainal dibukanya . Adam melihat maklumat yang terdapat diprofile Erin Zainal . Satu idea bernas muncul .


            Topi dikepalanya diturunkan sedikit supaya orang yang ingin dijumpainya tidak akan mengenalinya . cermin mata hitam dipakai . Pelahan-lahan dia mendekati perempuan yang sedang duduk dimeja makan itu . Hari ini dia harus menyiasat semuanya . " Ehemmm .. " Adam berdehem sebaik sahaja dia sampai dihadapan meje itu . gadis itu sedikit kebingungan . " Encik Razak ye ? " soal perempuan itu . Semalam , sebaik sahaja dia membuka profile erin dia segera menghantar mesej ke inbox dengan mengatakan dia ingin berurusan dengan erin tentang sahabat erin iaitu Zaara Balkis . Dia juga berbohong dengan menyatakan namanya ialah Razak . Adam duduk dan mengeluarkan telefon bimbitnya . " Kenal orang ni ? " soal Adam dengan suara yang sengaja dilainkan . Gambar Zaara dan Kayla padan skrin telefon bimbit note2 Adam dipandang tanpa berkelip . " Ke...keenapa ... En..encik ada gamba kawan saya ? " soal Erin sedikit tergagap , risau sekiranya sahabatnya itu diapa-apakan . " Saya nak tahu , apa yang awak tahu pasal orang ni " arah Adam mudah . Erin menggeleng . " No ! Encik takde hak untuk tahu apa-apa pasal kawan saya ni ! siapa encik sebenarnya hah ?! " tinggi suara Erin menyoal lelaki dihadapannya itu . " Terserah . Samada awak bagi tau atau kawan awak mati " arah Adam tegas . Lama Erin berjeda sebelum dia bersetuju . " Apa yang Encik nak tau pasal kawan saya ni ? " soal Erin kembali tenang . Dalam hati dia berdoa agar sahabatnya tidak akan diapa-apakan oleh lelaki dihadapannya ini . " Semua . " mudah Adam menjawab . " Nama dia Nur Zaara Balkis bin Zaman . Umur dia 28 . Dia CEO syarikat ZB Holdings . " ujar Erin mudah . kelihatan Adam tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Erin .

 " Apa status dia skrg ? " soal Adam lagi .
" Saya tak tau " jawab erin segera memalingkan mukanya .
" Ni last saya tanya . Apa status dia sekarang ?"
" Apa masalah status dia dengan Encik ! "
" ok , kalau itu jawapan awak . Doa kan dia selamat . " Adam berpura-pura ingin meninggalkan meja itu .
" Dia ibu tunggal , " Jawapan dari Erin sedikit sebanyak menyakitkan hati Adam . Namun ,adam masih berpura-pura bagai tiada apa yang berlaku .
" Suami dia mati ke ? "
" Tak "
" Habis ? Tadi cakap ibu tunggal . Dia orang bercerai ke ? " Soal Adam tidak sabar .
" tak . Suami dia dah kahwin lain " bagai ingin luruh jantungnya mendengar jawapan yang keluar dari mulut Erin . Patutlah Zaara seperti bersedih ketika berjumpa dengan ku kelmarin .
" So , siapa suami baru dia ? "
" Encik ni pernah sekolah ke tak ? Saya cakap tadi suami dia kahwin baru bukan bercerai dengan dia . "
" Habis yang tadi awak cakap dia ibu tunggal tu asal ?! " soal Adam sedikit berang .
" Dia yang selalu anggap diri dia macam tu . " Jawan Erin bernada sayu . Adam juga menjadi sebak mendengar jawapan dari Erin . Seteruk itukah dia menafikan kewujudan aku dalam hidup dia ? Erin menutup mulutnya apabila menyedari keterlanjurannya memberitahu lelaki itu tentang Zaara .
" Budak ni . Anak dia dengan suami dia yang dah kahwin tu ke ? "
Erin mengangguk . " Nama dia Nur Kayla Zuraini binti Adam Zafril . 7 tahun . Saya rasa cukup sampai ni je yang Encik boleh tau . Saya harap Encik tak kan apa-apa kan kawan saya ni " usai berbicara , Erin lantas berlalu pergi meninggalkan Adam dengan perasaan yang bercampur baur . ' Zaara ...' nama isterinya diseru .

              Hari ini lagi sekali Adam menunggu anaknya dihadapan pagar sekolah . Setelah terlihat kelibat Kayla , Adam segera menhampiri anaknya . " Hai Kayla . " tegur Adam lembut . " Hai . Eh , ni uncle semalam kan ? Uncle buat apa dekat sini ? " soal Kayla . Adam sedikit tergamam melihat cara Kayla bercakap . Seperti orang besar . " Uncle nak jumpa Kayla lah . Jom uncle belanja Kayla makan ice cream kat depan tu . " ajak Adam sambil mengarahkan jarinya kearah kedai Runcit dihadapan sekolah Kayla .

             " Nama Uncle siapa ? " soal Kayla sambil menjilat ice cream ditanganya . " Panggil Uncle Ad je " ujar Adam masih belum berani berterus terang dengan anaknya itu . Adam takut akan penerimaan anaknya akan dirinya .
 " ohh ... "
" Nama Kayla penuh apa ? "
" Nur Kayla Zuraini binti Adam Zafril "
" ohh , sedapnya nama Kayla . "
" Mestilah . Mama bagitahu kan . Papa Kayla suka nama Zuraini sebab tu mama bubuh nama Zuraini dekat Kayla . " ujar Kayla ceria , manakala Adam sudah dihantui rasa bersalah . Dia tidak sangka Zaara masih mengingati permintaannya dulu untuk menamakan anak kami zuraini jika diberi anak perempuan .
" Uncle Ad ? Uncle Ad dah kahwin ke ? Ada anak x ? Kalau ada , boleh main dengan Kayla nanti " tambah Kayla petah .
" Kayla . Ayah Kayla kerja apa ? " soal Adam sengaja menduga .
" Tak tahu lah , Kayla tak pernah jumpa Papa . " jawab Kayla jujur
"  Oh , Papa pergi mana ? "
" Mama cakap papa pergi kerja jauh , nak cari duit untuk Kayla . Sebab mama kata Kayla suka shopping " Adam mengangguk . Sangkaannya Zaara akan memburukkan dia pada Kayla meleset sama sekali . Matanya kaku melihat Kayla yang ralit makan ice cream dihadapannya .
" Kayla rindu papa kayla tak ? "
" Rindu ! Kawan-kawan Kayla selalu balik mesti ayah deorang amik . Tapi Kayla . Cuma mama dengan Uncle Ashraf je " Hati Adam dipagut cemburu mendengar nama Ashraf . Tapi Adam cuba berfikiran positif dengan menganggap Ashraf itu ialah sepupu Zaara .
" Kayla . Apa kata Kayla panggil Uncle Ad Papa . Anggap je Uncle ad ni mcm papa Kayla . Sebab Uncle pun rindu sanggat dengan anak uncle . Kalau Kayla ada , tak delah Uncle Ad rindu sangat dekat anak Uncle . " Adam cuba mengumppan Kayla .
" kenapa anak Uncle pergi mana ?"
" Dia duduh jauh , uncle sekarang tengah kerja jadi tak boleh jumpa dia "
Lama Kayla berjeda sebelum dia bersetuju . " Ok Papa ! " laung Kayla ceria . Panggilan keramat itu menyebabkan Airmata Adam hampir gugur . Lantas dipelunya kanak-kanak dihadapannya .

6.    ZAARA pelik melihat anaknya malam ini . ceria semacam je . Segara Kayla dihampiri . " Kayla ada benda yang nak bagitahu mama ke ? " Zaara cuba mencungkil rahsia . " Tadi kan Ma , Kayla jumpa Papa . " Bagai luruh jantung Zaara . Adakah Adam sudah mencerita semuanya pada Kayla . Kayla  yang melihat mamanya sedikit tergamam dengan jawapannya segera memeluk mamanya . " Mesti mama terkejutkan . HAHA . Bukan papa Kayla lah , nama dia uncle Ad . Tapi dia suruh Kayla panggila dia Papa sebab dia rindu anak dia . " Uncle Ad ? fikir Zaara . baru dia teringgat adam memang terkenal dnegan panggilan Ad . Mesti dia jumpa Kayla tadi ! Zaara cuba mencungkil rahsia . " Apa yang Zaara dengan Uncle Ad sembang ? "
" Papa lah mama ! Takde sembang apa pun . biasa-biasa je "
" Yela , dah jumpa papa dia . Mama Kayla lupakan."
" Mama ni , macam budak-budak . nak merajuk . Papa tanya pasal kayla dengan papa kayla " Zaara mula menghidu sesuatu yang tidak kena .
" Uncle Ad tu kerja apa ? "
" Dia kerja kontrator ma . sebab tu dia dah lama tak jumpa dengan isteri dan ana dia . Kensian papa Kayla tengok . Bila papa cerita pasal isteri dan anak papa kan , Kayla tengok Papa macam nak nangis je . " Hati Zaara tiba-tiba diserbu rasa cemburu . Jadi , betula lah khabar angin yang mengatakan Adam sudah berkahwin dengan pilihan keluarga dia ? Huh ! Dasar lelaki !
" Isteri dengan anak dia nama apa . "
" oh , yang tu Kayla lupa nak tanya . Esok , kalau Kayla jumpa papa lagi . Kayla tanya eh ? " jawab Kayla lantas masuk ke biliknya untuk tidur .


           Petang itu , Zaara datang awal berbanding biasa . Dia akan menghentikan semua lakonan ini ! Zaara tersenyum apabila kelibat orang yang dicarinya akhirnya muncul keluar dari kereta Audi bewarna hitam . Segera Dihampirinya lelaki tersebut . " I tak nak you jumpa anak I lagi ! " marah Zaara . Lelaki itu sedikit tergamam , namun akhirnya tersenyum melihat wajah marah Zaara . ' Dari dulu sampai sekarang , bila marah mesti comel ' gumam Adam .
" Why cant i "
" Because you've no right to do that ?! "
" I papa dia ! i berhak jumpa anak I "
" HAHAHA , papa ? are you kidding me Adam Zafril ! " tengking Zaara sudah hilang  sabar
" Look , Zaara . I tau i salah . I minta maaf . I ada sebab kenapa i balik malaysia 7 tahun lalu . "
" Yeah Right ! You janji nak balik . But you're not ! I tak kira . You jangan jumpa Kayla lagi !! " marah Zaara . Akhirnya dia terduduk disitu akibat terlalu sedih . Adam segera mendekati Zaara .
" I'm sorry baby " pinta Adam bersuara serak . Dia sedih melihat keadaan isterinya saat ini . Adam segera memeluk Zaara . Namun segera ditegah Zaara .
" NO ! i'm not your BABY anymore ! you've leave me Adam . Dont you remember it ? Go to your new family . Leave me alone . Leave Kayla alone ! " Marah Zaara lantas menolak tubuh sasa Adam .
" New family ? " Adam tersenyum . Dia yakin Zaara ada mendengar khabar angin yang engatakan dia akan berkahwin dnegan Liyana , perempuan pilihan mamanya . Namun , itu semua tidak benar . Dia telah menolak cadangan mamanya itu dengan memberitahu bahwa dia tidak akan sekali-kali menkhianati cintanya pada Zaara .
" You dengan Kayla adalah Family i . I've no new family Zaara . Semua khabar yang you dengar tu bohng . I  tak kahwin pun dengan liyana tu sebab i tak nak khianati cinta kita . " Zaara terdiam seketika .
" Habis kenapa you tak balik Melbourne lepas tu ? You jangan nak bohong i lah Adam . "
" Mama i kena serangan jantung lepas i keluar dari rumah untuk balik ke melbourne . Mama masuk hospital 2 hari lepas tu , mama meninggal . I kena uruskan jenazah mama dan syarikat yang mama dah tinggalkan . Papa . lepas mama meninggal . Papa kena strok . Tak boleh bergerak . satu badan lumpuh . Adik I , Zarif , tanak uruskan syarikat papa dengan mama i sebab dia lebih suka bekerja sebagai interior desingner . After 4 years , i balik melbourne cari you . Tapi diorang cakap you dah balik malaysia ikut family you . I balikmalaysia cari you . Tapi tak jumpa .I cari dekat kampung you , diorang kata family you semua dah pindah . Lepas tu , i ada kerja dekat dekat-dekat sini , then ternampak you ambil Kayla balik sekolah . Sejak tu , i yakin yang kayla tu anak i .dan i cuba dekati dia dan you . " panjang lebar Adam menerangkan segalanya pada Zaara .
" Apa yang buat you yakin sangat Kayla tu anak you ?! " marah Zaara lagi . Perlahan-lahan Adam mendekati Zaara dan mengesat airmata zaara .
" First , i ingat lagi . Waktu i tinggal you nak balik malaysia, you ada bagitahu yang you pregnant . I balik malaysia . I kira hari-hari sampai hari kelahiran Kayla . I upah sorang penyiasat dekat sana untuk jaga you . Dari situ i tahu semua nya , tapi lepas 8 bulan dia perhatikan you , isteri dia meninggal , dan dia berhenti kerja dnegan i dan mengambil keputusan untuk balik kampung halamanya . Dan second , i yakin . you takkan khianati cinta kita " Dalam ragu-ragu , Zaara percaya akan ucapan Adam . Kerana dari sinar mata Adam , dia yakin Adam berkata jujur . Zaara segera memeluk Adam .
" Abang rindu Zaara " bisik Adam ke telinga Zaara . Zaara tersenyum bahagia . Tiba-tiba Kayla berlari kearah mereka dan memeluk kedua-duanya . " Kan Kayla dah cakap , Mama mesti maafkan Papa " ucap Kayla memandang Adam . Zaara kelihatan bingung mendengar ayat Kayla . Ada tersenyum . Terimbas kembali peristiwa kelmarin . Adam sendiri agak terkejut mendengar statement Kayla .

7.    " UNCLE AD , papa kayla kan . " Adam sedikit tergamam . " Yelah ... Kan ...kan memang uncle suruh Kayla panggil Uncle Ad Papa .
" Alah ... Kayla tahu . Sebenarnya Kayla ni memang anak Uncle pun . Kan ? "
" Kenapa Kayla cakap macam tu ? "
" Nama Uncle Adam Zafril kan ? " Adam terkejut . Adakah Zaara sudah memberitahu segalanya pada Kayla .
" Mama bagitahu eh ? "
" Tak . "
" Habis mana Kayla tau ? "
" Kayla tau lah ! HEHE . " Jawab kayla sambil menyilangkan tanganya . Persis seorang pegawai polis .
" Ehmm... mama bagitahu kan ? "
" Tak . Kayla tau sendiri . Kayla kenal lah papa kayla ! "
" Yela , tapi macam mana ? Kan Kayla cakap , kayla tak pernah jumpa papa sejak Kayla kecil ."
" Memang la , tapi Kayla pernah tengok gambar Papa . "
" dekat mana ? " Adam emnjadi semakin ingin tahu .
" Dekat dalam buku mama . Kayla tak sengaja terjatuhkan buku mama . Pastu ada gambar jatuh . Gambar Papa dengan Mama waktu kahwin dekat mebun dulu " Ucap Kayla . Adam ketawa mendengar cara sebutan melbourne Kayla . Selebihnya , dia rasa terharu kerana Zaara masih menyimpan gambar kahwin mereka . Kayla yang menyedari riak sedih papanya lantas mencium pipi adam . Adam tergamam . akhrinya tersenyum .. " Kenapa papa tipu Kayla dengan Mama ? " soal Kayla .
" Tipu apa ni sayang ? "
" Kenapa papa tinggalkan mama ? Kesian mama , setiap malam mama nagis tengok gambar papa " tanpa disedari airmata lelakinya tumpah . Terasa tangan kecil Kayla mengesat airmatanya .
" Papa salah Kayla . Tapi Papa balik cari Mama dengan Kayla . Cuma papa terlambat . Waktu tu Kayla dengan mama dah balik malaysia . "
" dah-dah . Papa takyah nangis kat sini . Nanti malu orang nampak . Papa pergi jumpa mama minta maaf eh ? "
" tapi mama benci papa . Mama takkan maafkan papa "
" kalau mama benci papa , kenapa mama selalu tengok gambar papa malam-malam ? Mama mesti maafkan papa . "
Adam mengangguk faham .


8.   ADAM mengerling kearah isterinya yang sedari tadi tersengih-sengih membalas mesej entah dari siapa . Cemburu mula menguasai diri . " Zaara mesej dengan siapa ? " soal Adam tegas . " Kawan . " hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Zaara . Adam menjadi semakin bengang . " Siapa ? Ashraf ? " soal Adam lagi . Zaara mula dapat menghidu bau cemburu suaminya , lantas memeluk suaminya . " Abang cemburu eh ? " soal Zaara tersengih-sengih . Adam segera melarikan pandangannya. " tak de masa ! " balas Adam segera merungkai pelukan Zaara . Zaara diam menahan ketawa . " Oh , bagus lah kalau macam tu . ingat abang jeles , Zaara nak berhentilah mesej dengan Ashraf . Tapi dah abang kata tak , boleh Zaara sabung balik . " Zaara berjalan menuju ke ruang tamu . Tetapi tangannya segera disambar Adam . " NO , you cant ! Buat apa nak mesej dengan dia . Mesej je dengan abang " arah Adam . Zaara ketawa kuat . Adam kebingungan . " Abang cemburu .... Abang sayang , Ashraf tu tunang orang lah . Lagi pun takkan lah Zaara nak mesej dengan Abang kalau abang ada dekat sebelah Zaara . Abang. abang . Cemburu tak bertempat . " Adam menggaru tengkuk nya yang tidak gatal menutup malunya . Tiba-tiba . " Mama ! Papa ! aaa,,,, Dating eh ? " soal Kayla . Adam lantas melepaskan pelukkannya dan segera mendukung Kayla . " A'ah , mama dengan Papa tengah dating ni . Kayla pergi main dengan Nek Yam eh ? " arah Adam . " Ok ! " pantas anak kecil itu berlari kearah dapur . Zaara hanya tersenyum menggeleng . " Apa lah abang ni , ada ke pergi halaunye anak tu " marah Zaara lembut . " Biarlah , Kayla dan 7 tahun dengan mama dia ni . Bagi lah peluang dekat papa dia pula " Akhirnya mereka ketawa .

Akhirnya bahagia milik kami . Terima kasih ya allah .